Takdir Cinta 1




Jam menunjukkan tepat pukul 1. Zarina terpaksa tergesa-gesa pergi ke pondok kerana terpaksa berjumpa dengan Khairul Azman.Kelihatan Khairul sedang duduk di pondok dan menunggu kedatangan Zalina penuh setia.

“Kau ada apa hal nak jumpa aku?” ujar ku dengan nada yang sangat tinggi.

“Saje,takkan tak boleh?”ujar Khairul pula dengan selamba.

“Kau nie langsung tak guna. Menyusahkan orang!!Kalau tak ada hal jangan jumpa aku.”kata ku sengaja memarahi Khairul.

“Eleh.Sombong nak mampus”balas Khairul

“Aku lempang kau kang.Biar mampus cepat!!”

“Ish.Garang,perempuan garang lelaki tak nak tau.Tapi tak apa,kalau kau tak kahwin sebab ye la,dah tak ada orang nak kan.Aku sedia menerima kau dengan hati terbuka.haha”Khairul sengaja menyakitkan hati ku.

“Tak ingin aku lelaki tak betul macam kau.Buat sakit jiwa aku jer kalau kahwin dengan kau.Ha,baik kau beritahu aku apa hal kau nak jumpa aku?”

“Eleh,aku tak kata aku nak kahwin dengan kau.Aku kata ,aku sedia menerima kau sebagai orang gaji aku.huhu..Sebenarnya hari ahad ni ada perkhemahan.Kau nak ikut tak?Aku dah daftar nama kau.”

“Bodoh,dah daftar baru kau beritahu aku.Tak guna..”

“Ala,kau ikutlah.Aku tak ada kawan la.Please,you are my friends forever and ever…”

“Dah.Jangan nak melalut pulak.Baiklah,tapi dengan satu syarat.Kau belanja aku minum kat kafe.Apa macam?”

“Tak ikhlas langsung.Mengenangkan aku dah pun daftar nama kau, tak apa.Aku belanja tapi kau bayar”

“Boleh,tapi dengan duit kau”

“kau ni tak gunalah”

“siapa suruh kau memandai daftarkan nama aku.Kira bertuah aku suruh kau belanja, kalau aku suruh kau basuh lantai rumah aku, baru kau tahu”

“Eleh,jomlah pergi kafe.Yang kau terhegeh-hegeh lagi ni,kenapa?”

“Nak kata aku terhegeh-hegeh,kau tu yang mengada-ngada.”

“Dah,jom..Kau ni banyak cakaplah”

“Yelah..”

Begitulah rutin harian ku.Berjumpa dengan khairul dan bergaduh dengan nya setiap hari.Walaupun selalu bergaduh, tetapi kami tetap akrab.

Nada dering “lovesick” dari telefon bimbitku menganggu tidurku yang lena diulit mimpi. “Siapa pula ni?”rungutku di dalam hati.Tertera nama Khairul Senpai di skrin telefon bimbitku.

“Kau nak apa,telefon aku malam-malam buta ni?kau mengigau yek?”

“Saje jer nak ganggu hidup kau”

“Bangang,bengap,bahlul,stupid,idiot.Aku nak tidur kau tau tak?Kalau tak ada hal jangan telefon aku malam-malam buta!!!”

“Eleh,garang.Aku ni senior kau la.Tak elok kau cakap kasar macam tu.Kang aku sumpah kau tak kahwin nanti,baru kau tahu.Aku nak dengar suara kau sebelum aku tidur.Takkan tu pun tak boleh?”ujar Khairul dengan suara yang manja.Eleh,mengada-ngada lah tu.

“Aku tau la kau senior aku.Kalau aku tak tau,takkan aku panggil kau senpai kot.Dah puas dengar suara aku?Aku nak tidur,faham tak SENPAI.bye.”Aku segera mematikan talian.Budak bangang tu memang tak boleh dilayan.Tiba-tiba kedengaran bunyi nada dering “jatuh”dari telefon bimbitku.Mesej dari Khairul.

Jgn marah,erk?aku tk dpt tido.leh x,kau layan aku jap?:)

Lantas tangan ku menekat punat telefon bimbitku dan membalas mesejnya.Bukan apa,timbul rasa kesianku terhadap Khairul.

Hurm,kau tak dpt tido,pe hal?kau ada masalah yek?kau telefon la aku.

Sekali lagi,nada dering “Lovesick”kedengaran.Aku segera mengangkat panggilan tersebut.

“hurm,cerita la apa sebab kau tak dapat tidur?”

“eleh,caring nampak.Kau ni kedekut erk?Kau suruh aku telefon sebab kau tak nak kredit kau habis kan kalau kau mesej ngan aku?”

“Aku bukan apa caring.Nanti kalau kau mati bunuh diri sebab tak dapat tidur,susah pulak aku.Ye lah,tak ada pulak senpai yang selalu menyakitkan hati aku nanti.tau tak apa,kau ingat aku sanggup top up semata-mata nak layan kau.ha,kau belum jawab lagi soalan aku”

“Bukan sebab apa pun.Aku rasa lonely bila berada kat rumah aku ni.Kau pun tau,Ayah dan mak aku 24 jam buzy dengan kerja.Tak ada masa untuk aku.”

“Kalau lonely,kau dengar lagu Lonely(akon)hahaha..Jangan marah,Aku gurau je.Ayah dan mak kau buzy pun sebab nak cari duit untuk kau.Kau patut bersyukur.At least,kau tak ada masalah kewangan macam keluarga aku.Ye la,tak mungkin setiap keluarga sempurna kan?”

“Kau ni tak gunala,aku tengah sedih, kau sempat pulak buat lawak anatarabangsa.hurm,Betul juga cakap kau.Mungkin aku terlalu nakkan keluarga yang sempurna”

“Dah la,jangan risau.Aku kan ada,kalau kau ada masalah,kau boleh cerita kat aku.ok lah.Aku dah ngantuk.Bye.daa..”

“Thanks coz sentiasa ada kat sisi aku selama ni.Bye”

Aku berasa amat bertuah kerana berkenalan dengan kawan sebaik Khairul.Walaupun dia berasal daripada keluarga berada, namun dia tetap merendah diri.Dia juga sering menceritakan masalah yang dihadapinya kepada aku.

Aku merenung keychain di telefon bimbitku.Keychain dengan huruf A itu amat bermakna bagiku.Argh..wajah dia terbayang di mindaku.Pantas ku usir bayangan itu.Perlahan aku menarik selimut,memejamkan mata dan cuba untuk tidur.

Khairul muncul ketika aku baru saja selesai kuliah.Wajah nya yang kelihatan muram menimbulkan rasa tidak senang di hatiku.Mungkin ada berita yang tak baik.Tepat tekaan aku.Perkhemahan yang dirancangkan akan dijalankan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu.Ini merupakan berita buruk buat Khairul namun tidak buatku.

“haha..kesian kau yek..kau buat khemah kat belakang rumah kau je la.lepas tu kau jemput aku dan kawan-kawan kau yang lain.Kita buat unggun api dan macam-macam lagi la.Ye la,buat macam perkhemahan sebenar.Tak la kempunan kau nak merasakan pengalaman berkhemah..haha”aku sengaja menyakitkan hati nya.Padan muka kau,kutuk ku di dalam hati.

“Sampai hati kau.Kecil hati aku tau tak.”

“Dah la,orang tua macam kau pun nak kecil hati ker.Jom pergi library,aku nak online kejap.Nak check Friendster.”

“Kepentingan kau juga yang kau fikir.Masa ni pula nak check Friendster.Bukan nya ada orang yang comment kat Friendster kau tu.Tu pun nak check hari-hari.Cubala pujuk aku ni,aku masih sedih tau tak dapat pergi camping”

“eleh,atleast aku ada Friendster.Tak macam kau.Aku dah bagi cadangan kat kau untuk kau merawat hati kau yang terluka tu.Tapi kau tak nak ikut.Lantak kau la.Kau nak tak ikut aku pergi library?kalau tak nak,aku pergi sorang.”

“Tak guna punya kawan.Aku nak ikut”

Lalu,kami pergi ke library yang tidak jauh dari kelasku.Aku menumpukan perhatian di hadapan laptop ku.Khairul juga tidak banyak bercakap.Mungkin masih kecewa kerana tidak dapat mengikuti perkhemahan ataupun dia sedang khusyuk melayari internet.

Selepas sejam berada di perpustakaan,aku mengajak Khairul untuk pergi ke kafe.Kesian pula apabila melihat Khairul yang kelihatan kelaparan.Ketika membuat pesanan di kafe,aku terlihat seorang perempuan menghampiri Khairul yang sedang membuat bayaran di kaunter.Selepas membuat pesanan,aku duduk di hadapan khairul.

“kau belum makan?tak payah tunggu aku.Makanan aku mungkin lambat sampai.”ujar ku apabila melihat Khairul belum lagi menjamah makanannya.

“tak apa,aku tunggu.”

“perempuan yang cakap dengan kau kat kaunter tu kawan kau yek?”

“a’aa..kawan sekelas aku.Kenapa?kau jealous erk?”

“wek..Tak ada makna aku nak jealous.Dia pun senior erk?aku tak pernah tengok pun.Cantik..hehe,dia makwe kau yek?”

“hoi,dia bukan makwe aku la.She’s not my taste”

“Memilih,takkan kau….?”aku memandang Khairul dengan pandangan yang nakal.

“Wei,aku bukan gay la!!!!”ujar khairul dengan segera membidas apa yang ku katakan.

“haha..aku gurau je la..Tu pun nak serius.Habis tu,kenapa la memilih sangat.Perempuan tu cantik apa,ayu lagi tu.Perempuan macam mana yang kau nak?”

“Ganas,garang dan 18SGE iaitu Seram Ganas dan Extreme,perangai macam lelaki,mulut bau longkang dan semua macam kau la”

“Kalau kau nak mati cepat,kau carilah perempuan macam aku”

Geli hatiku dengan kata-kata Khairul itu.Mungkin dia sengaja menguji aku.Aku tidak akan terpedaya dengan kata-kata lelaki itu.

Usai makan,aku segera balik ke asrama ku,manakala Khairul pulang ke rumahnya menggunakan keretanya.

Selepas mandi, aku segera membuka laptop untuk menyiapkan tugasan. Namun niatku diganggu oleh roommate ku,Arini.

“Ina, kau ada apa-apa ke dengan abang Khairul?”

“ Haa, kenapa tiba-tiba tanya? Kau tengok aku dengan dia macam ada apa-apa ke?Tiap-tiap hari bergaduh, takkan la kami ni bercinta?”

“ Ye la, kata orang yang selalu bergaduh tu la yang akan bersama”

“ Please la..dia tu mulut longkang tau dah tu menyakitkan hati aku je..tak teringin la..dah la, aku nak siapkan assignment ni..menganggu je..”

Aku sering digosipkan dengan Khairul namun buat masa ini hati ku tidak pernah terdetik untuk menganggap Khairul lebih dari seorang sahabat.

Ya, buat masa ini..

Sebut tentang perasaan, fikiran ku melayang jauh.Wajah nya terbayang di fikiranku..

…ingatkah kau padaku? Orang kata hidup ini janganlah terlalu disandarkan pada kenangan kerana hari itu adalah semalam, hari ini pasti dan hari depan belum tentu. Tapi aku masih berpaut pada kenangan itu. Kenangan antara aku dan dia.

Aku segera membuka laptop dan menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah.Aku tidak ingin perasaan rindu terhadap nya menganggu fikiran ku.Mungkin aku gagal dalam meraih cinta tapi aku tidak ingin tewas dalam mengejar impian ku disini. Aku tidak mahu lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang tidak sudi.Aku sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatiku tak pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui..

Khairul sampai di rumahnya sebelum waktu Zohor berakhir.Selepas menunaikan solat Zohor, Khairul berehat di biliknya memikirkan seseorang..

Erika, nama yang indah itu menitip di bibirnya. Ya, itulah perempuan yang bertakhta di hatinya kini.Persabahatan nya dengan Zarina akan merapatkan lagi hubungannya dengan Erika. Itu niatnya.Namun Khairul semakin selesa berkawan dengan Zarina. Kawan yang memahami walaupun sering berkasar dengan nya.

Mengingatkan tentang Zarina, spontan tangan Khairul menekan punat handphone nya lantas menghantar pesanan ringkas kepada Zarina.

“ Uitz, bz ker? Wat apa tue? X gie library dgn Erika?”

Aku yang sibuk memerah otak untuk menyiapkan tugasan terkejut dengan bunyi handphone .

“Ee, menyibuk je Khairul Senpai ni. Time kita buzy pulak dia nak kacau”

“Bz sesangat. Aku tengah berakit kat sungai Nil nie, x dpt nk gie lib.Better kau tanya Erika sendiri coz aku bukan kembar siam dia jd aku x tau dia gie lib @ x..Sayonara..”

Aku segera membalas mesej Khairul..”hurm padan muka, kacau lagi aku..Kalau dah boring sangat, ganggu la Erika, kenapa pula nak ganggu aku”gumam ku sambil meneruskan usaha untuk menyiapkan tugasan.

Mengenang kembali kepada Erika, dia merupakan rakan baik ku disini.Walaupun berbeza agama dan budaya namun kami dapat bergaul dengan baik. Persabahatan ku dengan Khairul juga bermula dengan Erika kerana Erikalah aku sanggup berkawan dengan Khairul. Memang perangai ku sejak dahulu lagi tidak begitu mesra dengan orang yang baru ku kenali.Begitu juga ketika pertama kali aku bertemu Khairul. Jika bukan kerana Erika bertegur sapa dengan Khairul, tidak mungkin aku menegur Khairul sehingga menjadi sahabatnya sekarang.


Pagi, aku meneruskan rutin harian ku iaitu menghadiri kuliah .Selesai makan tengah hari aku berehat di bilik. Namun ketenangan hidupku seperti selalu diganggu oleh budak sewel, siapa lagi kalau bukan Khairul.

“Pinjam laptop kau..nk on9 pie laptop aku x dpt nk on9.wireless rosak”

Geram nya aku. Baru rancang hendak menonton cerita jepun kegemaran ku, Mei Chan No Shitsuji namun niatku terpaksa dibatalkan.

Ya, itu semua kerana Khairul Senpai yang sentiasa menyusahkan ku.

“aku cadangkan la, kau buang je laptop kau ke dalam sungai.Biar buaya je yg gune.Tu pun kalo buaya nk gune la, entah-entah dia baling balik kau punye laptop ..huk3..Cadangan ikhlas ni..hik3..ye la, ko tunggu kt depan kafe”

Khairul membalas mesejku

“ceyh, seburuk-buruk laptop aku, aku x kan buang tau..tapi klo ko srh aku buangkn laptop kau, ok sekarang pun aku bleyh buangkn,.dengan tuan punye laptop skali pun aku bleyh tlg buangkn..hahaha”

Khairul memang tidak akan menyerah kalah dengan ku.Berlawan bicara atau dengan kata lain peperangan antara kami walaupun menyakitkan hati namun ada kalanya menghiburkan.Aku segera menekan punat telefon bimbit ku dan membalas mesej Khairul.Aku tidak akan kalah..itu tekadku..

“Nk buang aku eyh? Buang r..ko x kan dpt on9 mlm nie then ko x kan dpt musuh sebaik aku yg sanggup bg pinjam laptop kt ko.”

Aku segera menekan butang send..haha. ada hati nak lawan aku..

Khairul geram.. “ kenapa la aku selalu kalah dengan dia ni? Ingatkan nak kenakan dia, tapi aku pulak yang terkena” ujar khairul dan segera memujuk Zarina.

“ok, aku kalah..ye larr, nanti aku buang laptop aku ke laut jer..bagi jerung yang gune..Pinjam laptop ko k..aku on the way ke kafe..so, c u there..”

Zarina tersenyum..Kemenangan sentiasa di pihak nya..

Khairul sudah berada di kafe..Senyuman terukir di bibir Khairul.

“ Kau kan kalau senyum menakutkan la..macam tapir je aku tengok..” ujar ku dengan nada seolah-olah ketakutan.

“aku punya la ikhlas senyum kat kau, kau boleh pulak kata aku ni macam tapir..Ni yang buat aku nak marah ni” Khairul berasa geram dengan Zarina yang selamba mengutuk dirinya.

“ la, aku tak kata kau macam tapir..Senyuman kau tu yang macam tapir.Tu pun nak marah” ujar ku.

“Apa beza nya?”

“ Tak ada beza pun..haha..dah la, tu pun nak gaduh dengan aku..nah, ambil laptop ni.Jaga baik-baik tau..”

“siapa jugak yang mulakan pergaduhan. Ye la, aku akan jaga dengan baik mengalahkan aku menjaga nyawaku sendiri..” ujar Khairul sambil memeluk erat laptopku.

“dah, jangan nak buat sesi anak wayang kat sini..geli aku tengok”

“kau tak nak online dengan aku? Jum la..tak la aku boring online sorang-sorang kat belakang library. Malam lagi tu, kau tak kasihankan aku ke?” Khairul cuba memancing simpati aku.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. comel lh !gado2 but sweet ! nk lg nk lg . :)

    ReplyDelete
  3. hehehe..bace la sambungan ke2 novel nie..hehe

    ReplyDelete
  4. Ya Allah ganas nye ... hehehe suka ayat nih “Kalau kau nak mati cepat,kau carilah perempuan macam aku” ...... Ni cerpen je kan? Kalau betul mati la .... Nice dan salam aidil adha ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts