Takdir Cinta 2

“ ececeh..nak wat muke kesian la tue,.muke cam tapir..haha..ye la,jumpa malam ni.Tapi tak lama tau..karang,tak pasal-pasal aku kena cekup ngan kau”ujar ku mengenakan khairul.

“Banyak la kau punya cekup..kau ingat kita berdua je ke kat sana?Tapi kalau kena cekup,ok gak..Kahwin free..haha..”Khairul ketawa sendiri membayangkan bagaimana kalau benar dia berkahwin dengan Zarina..Mati aku..gumam khairul.

Aku mematikan talian..geram dengan Khairul yang sentiasa tidak mahu mengalah ketika berlawan bicaranya dengan nya.Lantas,aku terbayangkan si dia..Sikapnya jauh berbeza dengan khairul yang degil dan tidak matang itu.Mungkin juga aku terlalu meletakkan si dia di tempat yang terlalu tinggi.Tidak tercapai oleh lelaki lain untuk menandinginya malah aku sendiri tidak tercapai untuk memlikinya.

Nada dering “Sting-Saint Agnes and the burning train” kedengaran.Disebabkan minat kami terhadap variety show korea iaitu Runningman,aku dan khairul sama-sama menggunakan nada dering ini sebagai tanda obses kami berdua terhadap pelakon korea Gwang Soo yang merupakan ahli tetap Runningman.

Na,ko marah ke td?

Mesej dari khairul.Budak nie memang la..bila aku nak feel,mesti dia kacau..

Aku segera menaip..Nombor yang anda msg,tiada dalam perkhidmatan.Sekian..

Haha.Hatiku berbunga riang kerana dapat mengenakan Khairul.Segera telefon dicampak dan segera pergi ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk berjumpa dengan Khairul.

“Huh,kecil hati la tu..Macam la tak biasa aku bergurau macam tu dengan dia..Entah nape sensitif sangat kalau pasal kahwin.Lesbian ke apa?”Khairul membebel berseorangan.Dia hairan dengan sikap Zarina yang terlalu tertutup mengenai persoalan cinta dan perkahwinan.Tidak sekali pun dia pernah mendengar Zarina bercerita dengannya mengenai siapa yang disuka mahupun diminati.Adakah kerana Zarina masih tidak mempercayai ataupun Zarina sememangnya tidak pernah ada perasaan cinta,itu khairul tidak pasti.Apa yang pasti,kisah cinta Zarina sangat misteri seperti orangnya..

Argg..lantakla..Khairul enggan memikirkan nya lagi dan terus menyanyi riang.Tidak sabar rasanya mahu berjumpa Zarina.

Sampai di kolej,Khairul melabuhkan punggungnya di meja yang terletak di belakang perpustakaan.Keadaan yang kelam dan sepi mengundang rasa seram dihati Khairul.

“Mana pulak ina ni.Je lah gelap kat sini.Musykil2.Kenapa tak ada orang kat sini malam ni?”gumam khairul.Pantas punat telefon ditekan dan nombor Zarina didail.

“Assalamualaikum,kau kat mana?”

“Waalaikumussalam.Aku tengah guna tudung.Jap lagi aku sampai”

“Jangan lama tau,ramai orang kat sini.Segan aku sorang-sorang”Khairul sengaja menipu kerana dia tahu sekiranya hanya dia sahaja berada di sana,Zarina semestinya akan enggan menemaninya.

“Yelah,tapir.”Pantas talian dimatikan oleh Zarina.

“Suka menyusahkan aku”gumam ZarinaKeluhan Zarina didengar oleh rakan sebiliknya.

“kau nak pegi mana?” tanya Arini,sambil tersengih.Alahai.Kenapa la dia tanya.Lepas ni,mesti dia seronok kacau aku ngan tapir tu.

“hurm.Jumpa abang Khairul.Teman dia online”ujarku.

Kalau aku menipu,berdosa.Jadi baik aku bagitau je benda betul.Lepas ni,mesti budak seekor ni akan tersenyum-senyum macam kera dapat ipad.Heh,apa punya perumpamaan la.

“Dating la tu..”Arini tersengih lagi.Kali ni lebih lebar dari yang tadi.Tengok,kan aku dah kata.Mesti dia yang lebih syok dari aku.

“Untuk pengetahuan kau,Cik kera yang comel,aku tak dating ngan Khairul Senpai.Aku just temankan dia online.Faham tak??”Geram sungguh aku dengan kera nie.Suka sangat mengaitkan Khairul dengan ku.

“Yela..aku tau la kau geram,tapi tak yah lah sampai panggil aku kera.Kecil hati aku tau”Arini memuncungkan bibirnya.Nak buat gaya merajuk la tu.

“Haha.ok la tu.Aku panggil kau kera yang comel,okay?Dahlah.nanti lambat pulak..Assalamualaikum”aku ingin segera beredar dari terus berada di bilik.

Sampai sahaja di belakang perpustakaan,kelihatan hanya Khairul sahaja yang khusyuk melayari internet.Mana orang lain,takkan mata aku silap tengok kot ataupun gelap sangat sampai aku tak nampak orang lain.Aku melangkah perlahan-lahan ke arah Khairul dan lantas bahu Khairul ku tepuk.

“Tapir,mana orang lain?Tadi kata banyak orang kat sini?”

Khairul yang sedang khusyuk agak terkejut apabila disergah seperti itu.Padam muka kau..kutuk Zarina di dalam hati.

“Eyh kau nie.Tak pandai bagi salam ke?Nasib baik aku tak da sakit jantung.Kalau tak,menjanda la bakal bini aku”

“sebab aku tau kau tak sakit la,aku sergah kau.haha.”aku ketawa melihat muka cemberut Khairul.Menjanda konon,bakal bini pun belum ada.

Khairul walaupun tua dua tahun dari ku namun ada kalanya,dia lebih kebudak-budakan berbanding aku.Akulah yang akan memujuknya apabila pensyarah memarahinya kerana lewat menyiapkan tugasan ataupun kerana hal-hal kecil seperti tiada teman untuk pergi menonton filem kegemarannya seperti “Captain America”.Ya,aku.Seorang kawan yang lebih muda,perempuan,tidak gemar menonton wayang dan ayu.Ayu?oh,itu tidak termasuk.Namun tidak dinafikan,hanya Khairul sahaja yang mampu menjadi rapat dengan ku.Walaupun ada kalanya,aku terlalu berkasar dengan nya namun Khairul masih setia menjadi sahabat.Berada disamping ku tanpa mengharap apa-apa pun.Oleh sebab itu,aku mengakui dan memberi cop mohor kepada nya menjadi beastfriend ku.Ya,beastfriend kerana dia memang seperti beast namun tetap kawanku.

Sepanjang malam itu,aku menemani Khairul hingga pukul sebelas.Kami berbual mengnai banyak perkara.Dari politik sehingga la ke gosip artis.Khairul memang sekepala dengan ku.Selepas pulang ke asrama,aku bersantai sambil menonton drama korea ditemani oleh Arini. Nada dering “Sting-Saint Agnes and the burning train” kedengaran lagi.Ni mesti pesanan ringkas dari Khairul.

“Kenapa tak baca?”Arini menegur aku yang terus menonton tv tanpa memperdulikan pesanan yang baru diterima.

“Aigoo.Aku tengah fokus la.”ujar ku sambil mengunyah popcorn.Lantas tanggan ku mencapai telefon bimbit.

I message received from Amirul

Amirul?Aku terkesima.

Tanggan ku menggeletar.Otak ku mengatakan bahawa aku tidak harus membaca pesanan itu namun hatiku bertindak sebaliknya.Akhirnya,anggota badan ku bertindak mengikut hati.

Salam..Awak..^^,

Ringkas namun cukup menggetarkan perasaanku.Amirul..Dialah insan pertama yang mengetuk pintu hatiku.9 tahun aku memendam perasaan padanya dengan alasan perasaan itu hanya cinta monyet.Mengagumi namun tidak berniat memiliki.

Comments

  1. Cite nie best,funny and nur suka sangat..jalan cite yang ringkas ang mudah faham..

    ReplyDelete
  2. Ok2 Nur dah bace kat sini..tapi kan..rasa macam nak beli la novel nie...dah de keluaran ke lom???keluaran dari syarikat mane???Kaki Novel or Prima???

    ReplyDelete
  3. thanks yuki..tp citer nie blum dikeluarkan lagi..just e-novel..hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts